Saturday, October 4, 2008

Satu Pencarian

Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada korang semua terutama sekali kawan2 dan sedara2 ku yang membaca blog aku ini walaupun sudah hari ke4 kita semua beraya.Tahun ini bagi aku raya xde a semeriah mana.Walaupun aku turut beraya bersama2 tapi entahlah.seperti ada kekurangan jek.Tapi yang paling aku akan ingat masa kami beraya di Batu Pahat.Sewaktu 2 kami sekeluarga berada di kampung ayah di Seri Paya.Sedara belah mak hari 2 tetiba datang untuk mencari sedara atok kt Batu Pahat.Selepas makan tengahari di rumah atok belah ayah, kitorang pergi beraya.Namun malangnya kami tidak pergi saing berikutan kami sedang mengemas barang untuk pulang ke rumah atok belah mak pula.Pakcik ku gerak dulu bersama tok mak ku.Dipendekkan cerita pakcik ku mahu beraya di rumah sedara atok kami yang sudah sekian lama mahu diziarahi.Diajaknya kami supaya dapat bersama2 mencari rumah sedara tok ku bernama Syeikh [lupe a].Pakcik ku pada mulanya tahu rumahnya jadi dibawanya kami ke tempatnya.Tapi rumahnya masih sukar dicari berikutan kawasan persekitaran yang sudah berubah.Sudah banyak laluan yang telah dibina bagi tujuan pembinaan kawasan baru.Setelah di'contact2' bersama2 jumpa lah satu rumah yang agak besar.Disangkakan rumah anak si Syeikh 2.Oleh kerana berada di dalam kawasan yang sama pakcik ku begitu yakin dengan lau masuk untuk bertemu dengan tuannya.Maka dijemputlah kami semua masuk.Tanya punya tanya rupanya kami sudah salah rumah daaaaa.Jadi nak xnak kena bangbangboom kat situ gak a.Itu rupanya bekas adun Parit Raja.Ali Syeikh kalau xsilap.Nasib baik ada perkataan 'Syeikh' jadi xbengagng sangat.[walaupun sudah bengang tahap dewa].Untuk men'cover' bengang kami jadi diajaknya berbual.Nasib baik pakcik ku pandai layan orang.Jadi YB 2 layan je a.Rupanya Syeikh lagi satu 2 duduk berdekatan dengan kawasan 2.Kampung sebelah.Jadi selepas sudah bergambar dengan YB tersebut untuk kenang2 maka dibawanya kami semua oleh YB tersebut ke rumah Syeikh lagi 1 tu.Malangnya 'Syeikh' berkenaan xde dirumah.Buat penat jek beraya di sana.Huhu.Tapi ni merupakan pengalaman manis aku kerana dapat berjumpa YB depan mata tanpa disangka2.Besar tu rumahnya.Ada 5 biji kereta kot kat rumah beliau.Kalau setakat Proton xkesah sangat tapi luar negara tuuu.Rupanya 2 dia punya bisnes.Jual kereta impot.Hahahaha.Malu memang malu tapi best...

No comments: